Saturday, October 24, 2009
Memori...
Monday, September 7, 2009
Keluarga Bercampur Aduk
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.Suzy: Tapi mengapa?Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm…. Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.Suzy: Ha!!??!!
heheheheheheh...ade ke macam tu?
Friday, September 4, 2009
Selamat Menyambut Hari Lebaran....
Tak sabar nak jumpa keluarga, sedara mara n kekawan...banyak tempayhan kek lapi kali nie..
aduh parah tu..xbeli kata apa pulak kan..biasalah aku nie kan insan lemah..hahahah apa2 pu tinggal seminggu lagi nak balik..YAHOOOOOO...tapi kwn aku tanya awat xraya kat sawak ja..nie kan tahun last..memang la niat nak tapi hati nie dah serik. bukan xsuka tapi terseksa.
Aku akui raya kat sini meriah siok..tapi biasala berjauhan ngan keluarga tak sama kan..bukan nya xpernah raya kat sini...Dua tahun berturut-tutut t...so kiranya dah merasalah kan...
okla kepada semu selamat menjalankan ibadah puasa dan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI......
Tuesday, August 4, 2009
Cinta Internet, gadis diperdaya RM19,879
mohdzaini.samsuhadi@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Helah seorang lelaki memikat seorang gadis melalui Internet membuahkan hasil apabila dia berjaya mendapatkan wang sebanyak RM19,879.29 daripada gadis terbabit setelah berpura-pura ingin mengahwininya.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lam, 39, memberitahu, dia mengenali lelaki yang bernama Raymond itu menerusi sebuah laman web yang dilayarinya dua bulan lalu.
"Bermula dengan satu pesanan darinya yang mengaku tinggal di United Kingdom, hampir setiap hari kami berhubung sehinggalah kami menjadi mesra," ceritanya pada sidang akhbar di pejabat Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Michael Chong di Ampang di sini semalam.
Menurutnya, kerana kasih, Raymond berjanji akan mengirimkan sebuah komputer riba, pemain digital MP3, sebentuk cincin dan banyak lagi menerusi kargo selepas berbual pada 26 Jun lepas.
Selang tiga hari kemudian, Lam telah dihubungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Keiran mendakwa mewakili sebuah syarikat kargo Skynet memintanya memasukkan RM16,379.29 sebagai cukai kastam ke atas barangan yang dikirim oleh Raymond.