Tuesday, August 4, 2009

Cinta Internet, gadis diperdaya RM19,879


LAM menunjukkan laporan polis berhubung penipuan
melalui Internet di pejabat MCA, Jalan Ampang semalam.


KUALA LUMPUR - Helah seorang lelaki memikat seorang gadis melalui Internet membuahkan hasil apabila dia berjaya mendapatkan wang sebanyak RM19,879.29 daripada gadis terbabit setelah berpura-pura ingin mengahwininya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lam, 39, memberitahu, dia mengenali lelaki yang bernama Raymond itu menerusi sebuah laman web yang dilayarinya dua bulan lalu.

"Bermula dengan satu pesanan darinya yang mengaku tinggal di United Kingdom, hampir setiap hari kami berhubung sehinggalah kami menjadi mesra," ceritanya pada sidang akhbar di pejabat Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Michael Chong di Ampang di sini semalam.

Menurutnya, kerana kasih, Raymond berjanji akan mengirimkan sebuah komputer riba, pemain digital MP3, sebentuk cincin dan banyak lagi menerusi kargo selepas berbual pada 26 Jun lepas.

Selang tiga hari kemudian, Lam telah dihubungi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Keiran mendakwa mewakili sebuah syarikat kargo Skynet memintanya memasukkan RM16,379.29 sebagai cukai kastam ke atas barangan yang dikirim oleh Raymond.

Monday, August 3, 2009

Program Anak Angkat....

Tiga hari berlalu sudah program anak angkat dekat kampung Tambirat Asajaya. Wah sangat2 dapat beramah mesra dengan orang kampung tapi yang x bestnya adalah program yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Terlalu padat hingga untuk beramah mesra dengan keluarga adalah terhad sangat2. ok keluarga angkat saya adalah En.Othman bin Mohambad. terima kasih Pak..n keluarga menerima anakanda nie. ok la hari pertama pergi ke kampung tu sampai malam. Perasmian bermula n pembahagian keluarga angkat pun bermula. so saya diberikan kepada keluarga pak othman bersama dengan seorang lagi kwn..Bismi namanya...orang kedah jugak tau..kami dua2 orang kedah..Hidup orang kedah..Best la dengan keluarga tu tapi program yang dianggurkan memang xbest.penat siok....ok xpe xmau citer bat2 program tu tapi kita nak citer tentang keluarga angkat n orang kampung kat situ..keluarga pak othman memang baik..mak abang jahar abang syarie n kak bersama-sama dengan anak2 buah memang best...diorang punya layanan memang first class..seronok sangat. saudara mara kat situ pun best..mak su n mak cik baik sangat. time makan tengah hari kitaorang memang dihidangkan dengan masakan yang enak2 belaka..tapi sayang saya xmakan ikan..tapi xpe bismi habiskan..hahahhaha...puasa raya time nak konvo nie pun suruh kitaorang pergi situ dulu..sentiasa berpesan jangan serik2 datang kat rumah diorang. sedih rasanya hari terakhir kat situ tapi apa kan daya terpaksa pulang jagak ke unimas..tp xpe ada masa pasti pergi..ssebelum bbalik sempat saya bismi n sorang lagi kawan pergi bersiar-siar tengok orang kmpung kat situ.ada yang suruh naik n dihidangkan buah2han..tu yang best teringat kampung sendiri...tu la kan...pengalaman yang mengeronokkan..untuk pak othman dan sekeluarga kelak mun kamek ngan bismi ada masa kamek datanga agik nangak kitaorang sume..Hidup kampung Tambirat..hidup orang Kedah.....:P~